Friday, July 15, 2011

DEMI MASA....

Alhamdulillah..syukur pada-Mu ya Allah kerana memberi kami kelapangan waktu ketika ini setelah selesai beberapa tugas yang membuatkan kami terlalu sibuk..namun,kadangkala dalam kesibukan terasa tidak sempat untuk kami memperbanyakan ibadat kepada-Mu,lupa dan lalai dengan urusan dunia yang tidak pernah selesai ini..teringat kata-kata ustazah yang comel dari "Tanyalah Ustazah"..kita hanya sibuk mmengumpul saham dunia tetapi tidak sibuk untuk mengumpul saham akhirat..memang benar!Majoriti masyarakat Islam hari ini sibuk membina rumah besar,kereta besar,beli tanah dan kumpul duit semata-mata untuk masa depan kita yang hanya sementara dan entah bila penghujungnya..
Kehidupan juga adalah ujian untuk kita,terpulang samada kita sanggup,redho atau tidak menerima ujian itu terletak pada tahap keimanan masing-masing.Kita hanyalah hamba yang Esa,datang ke dunia sebagai tetamu...tetamu yang perlu mengikut peraturan-Nya..
Ujian itu adalah salah satu proses pengampunan Allah terhadap dosa-dosa kita yang lalu..proses mendidik jiwa kita agar lebih kuat..menjadikan kita sebagai mukmin yang benar-benar bertaqwa di sisi-Nya.Ya Allah,jadikanlah kami golongan yang bersyukur terhadap nikmat-Mu dan semoga kami sentiasa mengingati-Mu walau di mana kedudukan kami..sesungguhnya kami sangatlah lemah..Aminn..YaRabbal'Alamiin..

Thursday, August 19, 2010

Jom Masak ..


Kelmarin mencuba masakan yang sangat digemari oleh Habibi..masak lemak kerang dengan daun kaduk..bila dengar daun kaduk ini pasti ada orang yang tidak mengenali daun kampung ini dan pasti ada yang tidak tahu khasiatnya..aku kenal sejak kecil lagi daun ini ketika tumbuh melata di sekitar rumah maklongku.Ketika itu aku pun tidak kenal nama daun ini dan tidak pernah tahu bahawa ia boleh dimakan dengan lazat sekali..sehingga aku kahwin mak mertua memperkenalkan aku dengan masak lemak cili api daun kaduk dengan siput sedut.Fuh!Terangkat selera semua family sehingga habis seperiuk dimakan.Aku ingat tiada lagi daun kaduk di Sabah ini.Rupa-rupanya rezeki kami untuk mengubah selera ketika berbuka puasa..Suami dapatkan dari rumah kawan yang hanya tahu bahawa daun ini boleh dibuat ulam..Apalagi.. seleranya kelmarin suamiku berbuka..aku masih ingatkan dia bahawa jangan lupa kesihatan perlu dijaga apalagi ia berlemak.Sesiapa yang mengenali daun ini tetapi masih belum mencuba,aku rasa lepas ini cubalah!Sesuai dimakan bersama ikan bakar dan pencicah air asam..Ini sempat lagi aku mencari dan mencopy khasiat daun kaduk dari internet..

KADUK

Nama Tempatan: Kaduk
Nama Saintifik: piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: piperaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal:
keterangan:

kaduk adalah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.


Salam Ramadhan...hari ini merupakan hari ke-10 kita berpuasa iaitu fasa pertama..semoga bertambah lagi amal ibadat kita sehingga 10 hari terakhir Ramadhan.Mengapa hari2 terakhir Ramadhan begitu penting untuk kita meningkatkan amalan?Allah telah menjanjikan pelbagai peluang dan kesempatan untuk kita meraih pahala yang berlipat ganda..sepuluh hari terakhir juga terdapat malam yang istimewa yang dinamakan malam LailatulQadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan yang lain.Marilah sama2 kita merebut peluang ini kerana malam2 itu ramai di antara kita yang leka dengan persiapan menyambut raya dengan pelbagai resepi kuih raya,aneka warna pilihan baju raya,yang semuanya kalau boleh mahu ditukar baru termasuk peralatan di dalam rumah.Tidak dinafikan sesiapa sahaja akan sibuk pada ketika itu hanya segelintir sahaja yang sedar akan keistimewaan malam2 keramat itu..
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.Selamat beribadah...

Sunday, August 15, 2010

RAMADHAN KARIIM..PART 2



Sudah 4 bulan berlalu..bersawang teratak ini tanpa singgahan oleh Tuan empunya..walau apapun banyak perkara yang berlaku berlalu begitu sahaja hanya kekal di memori ini..Alhamdulillah..segala kerja yang tertangguh sudah diselesaikan..Sekarang tiba Bulan Ramadhan ke-2 sesudah setahun berlalu blog ini diwujudkan.Pada ketika ini jugalah pelbagai perkara yang dibuat pada tahun2 sebelumnya terutamanya selepas bangun pagi dalam pukul 6 kami bertungkus lumus menyiapkan tempahan "cendol"..tetapi tidak pada kali ini..bukan mudah untuk menghasilkan isi cendol serta kuahnya,perlu kesabaran yang tinggi..Suamiku juga tidak bersemangat untuk membuatnya maklumlah banyak lagi komitmen lain untuk diselesaikan.
Semalam sempat masak bubur kacang untuk moreh di surau..Alhamdulillah habis semuanya.Menyentuh bab makan ni memang seronok dan terliur dibuatnya kalau bulan puasa tapi bagi aku biasa saja pada kali ini..perlu control sedikit untuk kesihatan diri.Kelmarin sempat lagi bersauna di rumah kawan bujang..hanya rm15 offer masing2 mahu mencuba kerana memang berkesan bagi orang yang g**** macam aku..selain mendapat greenlight dari suami.Ceria sahaja selepas membuatnya..InsyaAllah kalau berpeluang akan buat lagi..
Pagi ini selesai lagi tugas membersihkan belakang rumah yang sudah panjang rumput2 selepas hujan turun berhari2..terima kasih habibi..Apa plak menu hari ini..simple pun tak apa yang penting berselera dan puas hati..mungkin sup ayam.. gambar diatas adalah antara menu yang disediakan sepanjang Ramadhan yang berlalu selama 5 hari..
Cepatnya Ramadhan berlalu... Semoga Ramadhan kali ini dapat dipenuhi dengan ibadat kepada Allah.Alhamdulillah kerana kita masih berpeluang hidup dan melalui bulan yang mulia ini..Sekiranya kita berhajat sesuatu mohonlah pada ketika ini kerana Allah mudah makbulkan doa orang-orang yang berpuasa.Bersabarlah sekiranya hajat kita belum tercapai sesungguhnya Dia Maha Mengasihi Orang-orang Yang Bersabar..
Banyakkanlah bertaubat di atas kesilapan dan dosa lalu yang kita lakukan sama ada disedari mahupun tanpa disedari.Walaupun perit dugaan yang kita tanggung namun kita ingatlah bahawa segala dugaan itu boleh menghapuskan dosa2.Hanya golongan yang layak diuji oleh Allah dan masih ramai lagi orang yang diuji lebih perit dari kita.Wallahua'lam..

Friday, March 19, 2010

HIJAB........

Sehelai kain, tak berat dijunjung,
Atas kepala, dilipat, digulung,
Menutup si ikal, mahkota ditudung,
Sopan dipandang, langau tak hurung…

Bahang dan panas tidak diendah,
Janji ditutup, jangan terbuka,
Menjaga aurat, memelihara maruah,
Itulah HIJAB, simbol mulia…

Namun….

Hijab menangis, tak kira masa,
Kerana merintih nasib tuannya,
Ingin menjaga tertib agama,
Apakan daya, tidak upaya..

Di Perancis, bertudung ke sekolah,
Sampai di pintu, ditahan, dilarang,
Katanya HIJAB membawa resah,
Takut rifle , disisip di belakang!

Tidak lupa di Turki pula,
Pesakit dibiar tidak dirawat,
Kerana ibunya berhijab di kepala,
Rawatnya tidak, akhirnya wafat…

Tak kurangnya di Tunisia sana,
Dihalang masuk sekolah, temannya tak apa,
Pegawai sekolah juga jadi ‘jaga’,
Apa cerita? Apa masalahnya?

Tak cukup murid, guru pun kena,
Digantung mengajar, HIJAB sebabnya,
Kerana berhijab di luar kelasnya,
Di Belgium tempatnya, peliknya…

Pasangan Britain juga berangkara,
Suami mencela, isterinya menghina,
Hijab dikatanya simbol hamba,
Mujur Muslimah menang kesnya..

Rupanya komplot masih berleluasa,
Di Kazakhstan, juga sudah bermula,
Menghalang HIJAB dipakai pelajarnya,
Katanya membeza dan lambang agama!

Apa nak jadi…

Ada pula yang bantah hukumnya,
Dikata ini hanya adat bangsa,
Bukan tuntutan agama tercinta,
“Ini hak peribadi saya!”

Quran dah kata, Umat dah sekata,
Bahawa HIJAB itu wajib hukumnya,
Bahkan mengangkat martabat pemakainya,
Wahai Muslimah, mulianya anda…

Elok rupa, manis wajahnya,
Tambah HIJAB, sopan jadinya,
Mengapa pula enggan padanya,
Agaknya biar sampai ke tua?

Sedangkan si mati ditutup kafan,
Tidak berpakaian, namun kafan muliakan,
Apakah tunggu saat kematian,
Baharu ingin disarung tudungan?

Di sana berjuang untuk berHIJAB,
Di sini ingkar, mahu jambul di ‘mata’,
Apakah hati sudah terHIJAB?
Sedarlah wahai sang wanita…

Hijab menangis , merintih nasibnya,
Di sana, menangis kerana dipaksa tanggalkannya,
Di sini menangis kerana tak dipakainya,
Apa nak jadi , tanyalah tuannya….

Ya Allah..Alhamdulillah..Engkau permudahkan urusanku..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(QS. Al Baqarah, 2 : 286)

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayyik lanaa min amrinaa rosyada

“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)


Banyak perkara yang kita lalui di dunia diharungi dengan cabaran dan dugaan sama ada besar atau kecil semuanya kita perlu bergantung sepenuh kepada Allah kerana Dia yang menentukan kejayaan..sesungguhnya kita hanya merancang hanya Allah yang menentukan.Kawan2 ku yang dikasihi..semenjak kita lalui kehidupan ini tentu banyak yang kita tidak berpuas hati dengan sikap rakan2 lain yang kadangkala menyakiti hati kita tanpa disedari ataupun tidak..buangkanlah perasaan itu nescaya hati kita akan menjadi tenang!Janganlah kita sering menyalahkan orang lain tidak betul kerana semua manusia tidak sempurna akhlak dan imannya..Hakikatnya apa yang kita akan lakukan apabila kita tidak berpuas hati dengan seseorang?Adakah kita suka berterus terang,mengumpat dengan orang lain atau mengadu kepada Allah S.W.T.Terpulang kepada kita jangan sampai kita termasuk dalam golongan orang2 yang suka mengumpat hal orang lain..Selama saya lalui bersama rakan sejak dari zaman persekolahan dulu sehingga sekarang golongan wanita memang tidak dapat lari dari umpatan..mungkin selepas mengumpat,diri merasa puas mencanangkan kisah-kisah keburukan orang bagai membuat bertih jagung..persoalannya..adakah selepas itu hati kita menjadi tenang?Tidak sama sekali bahkan menambah titik2 dosa di hati kita terhadap orang yang diumpat..Apakata sekiranya kita sama-sama berdoa agar rakan2 kita yang menyakitkan hati kita itu mendapat hidayah Allah agar sikapnya dapat berubah ke arah yang lebih baik.Alhamdulillah..pernah juga terjadi pada diriku yang tidak dapat menanggung kepedihan kata2 rakan yang menusuk kalbu..sehingga tidak tertahan air mata dari mengalir..ketika itulah sangat berkesan andai kita mengangkat tangan menadah doa mohon petunjuk Ilahi..agar rasa bersalah itu rasa di hati mereka yang tidak menjaga lisan.Petunjuk-Nya akan diperolehi sekiranya kita betul-betul ikhlas mahukan ke arah kebaikan..
Semoga kita mendapat Nur Kasih dari Allah S.W.T dengan menjadi orang yang sabar dan tabah menghadapi hidup, ikhlas melaksanakan tanggungjawab, memudahkan urusan orang lain, menjaga percakapan, menjauhi penyakit hati, mendoakan kebaikan dan kesejahteraan bersama..Amiin..Yarabbal 'alamiiin..

Friday, February 12, 2010

Sukan Tahunan SMKBS...






Kemarin hari penutupan Sukan Tahun ini peringkat sekolah.Setelah 3 hari penat bersukan dan turun pagi petang memberi pelajar semangat untuk terus memeriahkan lagi medan ini.Memang pelajar2 sekolah aku lebih semangat dalam bidang kokurikulum berbanding kurikulum..kebanyakan yang menyertainya adalah mereka yang lemah dalam pelajaran..
Gambar-gambar yang sempat lagi aku snap kemarin..rasa kurang meriah sedikit berbanding tahun lepas yang memang guru-guru semua mempunyai rumah sukan,adanya pertandingan rumah sukan terbaik,tetapi kali ini aku tidak menyokong mana2 rumah sukan memandangkan aku tiada rumah sukan..inilah pertama kali sejak aku berada di sekolah ini mungkin s/u sukan baru yang mempunyai cara tersendiri.Apa2pun aku puas bila mendengar budak2 puteri Islam mendapat tempat kedua dalam kawad pasukan beruniform.Bagaikan tidak percaya tetapi tahniah buat mereka kerana aku mengatakan Doa Merupakan Senjata Mukmin!Ya..mereka juga yakin..