Thursday, August 19, 2010

Jom Masak ..


Kelmarin mencuba masakan yang sangat digemari oleh Habibi..masak lemak kerang dengan daun kaduk..bila dengar daun kaduk ini pasti ada orang yang tidak mengenali daun kampung ini dan pasti ada yang tidak tahu khasiatnya..aku kenal sejak kecil lagi daun ini ketika tumbuh melata di sekitar rumah maklongku.Ketika itu aku pun tidak kenal nama daun ini dan tidak pernah tahu bahawa ia boleh dimakan dengan lazat sekali..sehingga aku kahwin mak mertua memperkenalkan aku dengan masak lemak cili api daun kaduk dengan siput sedut.Fuh!Terangkat selera semua family sehingga habis seperiuk dimakan.Aku ingat tiada lagi daun kaduk di Sabah ini.Rupa-rupanya rezeki kami untuk mengubah selera ketika berbuka puasa..Suami dapatkan dari rumah kawan yang hanya tahu bahawa daun ini boleh dibuat ulam..Apalagi.. seleranya kelmarin suamiku berbuka..aku masih ingatkan dia bahawa jangan lupa kesihatan perlu dijaga apalagi ia berlemak.Sesiapa yang mengenali daun ini tetapi masih belum mencuba,aku rasa lepas ini cubalah!Sesuai dimakan bersama ikan bakar dan pencicah air asam..Ini sempat lagi aku mencari dan mencopy khasiat daun kaduk dari internet..

KADUK

Nama Tempatan: Kaduk
Nama Saintifik: piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: piperaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal:
keterangan:

kaduk adalah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedap dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

1 comment:

  1. Gembira sekali melihat husband berbuka dengan berselera...berhasil juga akhirnya..

    ReplyDelete