Friday, August 21, 2009

Ramadan Karim....


Salam Ramadan untuk semua Muslimin dan Muslimat...Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana kita masih diberi ruang dan kesempatan untuk melalui bulan ramadan.Semoga bulan yang penuh keberkatan ini dapat kita perbanyakkan ibadat dan tingkatkan amalan.Marilah kita bermuhasabah diri,baiki kelemahan dan kesilapan lalu,berjuang menentang nafsu,kezaliman dan penindasan,kealpaan dan kelalaian yang sentiasa menyelubungi setiap umat islam yang beriman kepada Allah.Ingatlah Allah nescaya Allah akan mengingatimu...

Kepada keluarga di Pendang,bonda dan ayahanda sekeluarga,saudara mara di seluruh Semenanjung,sesungguhnya kenangan Ramadhan lalu menggamit kerinduan kami dengan juadah berbuka serta solat terawih bersama...
Buat Keluarga di Permatang Pauh,jangan lupa upload gambar baby terbaru nanti..Moga mendapat keberkatan bersalin di Bulan Ramadhan.

RAMADHAN KARIM...ALLAHUAKRAM.

Monday, August 17, 2009

MENGAJAR MENGAJI


Minggu ini merupakan minggu terakhir kami mengajar budak-budak mengaji al-quran sebelum menjelangnya Ramadan.Keletihan kami hilang bila lihat muka-muka comel budak2 ini.Maklumlah balik sekolah jam 6.00 PM selepas makan n solat terus budak2 datang mengaji.Dalam 15 orang ni macam2 feel mereka sehingga kadang2 nak tergelak pun ada dek percakapan mereka macam orang dewasa..hai,budak2 sekarang sudah pandai berkata2 berbanding budak2 70-an dahulu.








Setiap hari pasti semangat untuk datang mengaji
maklumlah setiap kali d
atang ustaz bagi perhargaan
bagi yang rajin membaca,apalagi klu bukan gula-gula.Walaupun sebiji seorang berebut-rebut sehingga suruh nasyid dulu pun sanggup kerana hendak gula-gula...hai ustaz,rongakla gigi budak2 ni nanti..Ini gambar kanak-kanak comel tu.ha,beratur dulu kalau mahu gula2!

















LAKSA KEDAH























Kelmarin masalah air lagi..ha,m
acamana nak memasak laksa ni..tup.tup.air paip keluar laju juga jadi aku,my hubby pun cepat2 mulakan proses membuat laksa,alang2 kawan nak datang jadi semangat sikit.Sebenarnya sudah lama dia cdg nak buat tertangguh coz bahan x cukup.So,aku yang sebelum ini kurang minat dengan laksa jadi berselera juga bila makan hasil air tangan my hubby.kahkah..jgn pelik dia memang pandai masak laksa n gemar sgt laksa ni.Makan beramai2 menambah lagi selera..

Saturday, August 15, 2009

ALHAMDULILLAH..SELESAI TANDA KERTAS

Semenjak aku diberi amanah mengajar ting 3,banyak juga kerja2 yang perlu dibereskan.Setiap minggu ada kelas bimbingan,setiap hari ulangkaji dalam kelas,Ceramah teknik menjawab soalan,ujian bulanan,ujian Excel,bla...bla..ntah apa nak jadi dengan pelajar aku begitu kecewa setelah selesai menanda kertas.Ish!ish!ramainya yang tidak lulus..Masih banyak kesalahan yang diorang buat walau berulang kali ditegur,tetapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
wah!wah!membebel plak aku di sini...luahan rasa seorang guru.
Sejenak aku terfikir bagaimanalah sekiranya kertas p.i PMR nanti ditanda oleh siapa,negeri mana pasti terkejut habis membaca jawapan anak2 muridku..ha..ha..bukan apa kesalahan mereka antaranya:
1.Tulis soalan sahaja penuh kertas tanpa jawapan!
2.Menjawab apa yang tidak ditanya(klu aku cerita yang bes2 dlm kelas,itu yg ditulisnya)
3.Tidak menulis nombor soalan langsung..mereka letak nombor sendiri.

ha,bnyak lagilah sabar sj lah.Ini kira bagi kelas yang paling teruk lah.Namun,masih ada pelajar-pelajarku yang mendapat A Alhamdulillah.

HPA BOLEH!!!


SALAM PERJUANGAN.. HPA sebagai wadah untuk umat Islam menggunakan BARANGAN BUATAN ISLAM!Saya merasakan ada sesuatu tidak kena apabila GIANT,TESCO banyak wujud di Malaysia tetapi kenapa barangan hasil buatan Tempatan tidak dibenarkan dijual di situ?Kita berhak mempromosi barangan HALAL LAGI SUCI!OLEH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA BOIKOT PRODUK YAHUDI!!Sudah lama kita tertipu oleh perancangan jahat mereka untuk merosakkan akal dan hati kita melalui pemakanan yang pelbagai ramuan dan rencah entah apa yang digunakan sehingga kita mudah lupa,anak2 kita menjadi perangai pelik2 akibat pemakanan..pelajar sekolah sekarang sudah tidak macam zaman kita dulu2,perlakuan biadap dengan guru dianggap biasa..tanpa rasa bersalah!Salah siapa??Benarlah begitu dahsyat sekali peranan mereka untuk merosakkan kita seluruh umat Islam!

Cinta Hakiki...

Telah lama cinta terbiar dari cinta hakiki.........telah lama cinta tersasar dari cinta yang suci..masih terngiang2 di telingaku nasyid Raihan yang menyentuh kalbuku,menginsafi diriku,betapa kerdilnya aku dalam memahami erti cinta kepada Allah Yang Esa...

Marilah kita fikir-fikirkan apakah ibadat yang kita lakukan sempurna atau sebaliknya?Sementara kita diberi peluang meneruskan secebis kehidupan ini gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya sebelum kita terlepas semua peluang ini.