Tuesday, September 15, 2009

BERMULA CUTI..


Setelah bertungkus lumus menghabiskan semak kertas trial PMR,resultnya sedikit mengecewakan.Apalah nak jadi dengan pelajar2 aku,exam pun ada peluang nak ponteng sekolah,ponteng kelas seolah2 tiada apa dengan PMR yang akan tiba dalam masa 2 minggu lagi.Aku rasa tahap disiplin pelajar2 tahun ini semakin merosot berbanding 5 tahun yang lalu,ketika aku mula2 tiba di sekolah ini..guru2 yang penuh semangat membimbing mereka tidak dihiraukan asalkan apa yang dibuat menyeronokkan dan memuaskan hati mereka.

Kisah pelajarku itu aku tinggalkan,hari ini bermula cuti sekolah sempena Hari Raya yang tinggal beberapa hari lagi untuk kita meninggalkan bulan Ramadhan.Perasaan sedih mula terasa memandangkan Ramadhan kali ini tidak banyak ibadat yang dilakukan..Betapa cepatnya masa berlalu,sudah nak habis bulan Ramadhan.Hari Raya kali ini aku bayangkan kurang meriahnya coz ramai kawan2 di perantauan balik ke kampung.Kami?Masih bertahan di sini untuk beraya bersama kawan2 di Semporna atau di Kota Kinabalu sekiranya berkesempatan ke sana..Buat sahabatku Suffia di Papar aku masih menanti jemputanmu kalau2 aku dapat beraya bersama keluargamu yang belum aku kenali walau 2 kali aku sudah berkunjung di sana tetapi masih tidak ada rezeki untuk kita berjumpa.Maklumlah kita sudah ada komitmen masing2,membataskan kita untuk bertemu.Apapun aku amat teringin untuk bersua dengan u,hsbnd n baby.Aku masih ingat dulu2 hang pernah sebut"Koin,hg mungkin akan sampai juga Sabah sebab hg dok kawan ngan aku"Memang masin betul mulut mu.. Kemarin aku dengan penuh tekunnya cuba menghabiskan tugas menanda kertas.Excitednya aku mau beraya!Bukan,aku tidak mau lagi fikir pasal semua tu.Banyak lagi kerja aku nak buat hari ini..cuci peti ais(penuh makanan sayang nk buang tapi tak makan),susun barang2 yang tidak ada tempat lg mau diletak(lepas ni kurangkan beli),cuci sarung kusyen(yang sudah nampak buruk)..ha..membongkar tempat persembunyian cik ti,hari2 dia memproses rumah ini siap angkut geng lagi..siap cik ti,hari ini mungkin tak berpeluang lagi nak menyorok bawah katil,bawah dapur,belakang kotak,belakang almari,belakang tong air..inilah masalah penduduk2 di sini,mana2 ada cik ti.Dari mana datang pun tak tau,aku memang penggeli dan penakut kalau bertembung,apalagi nak membunuh..kesian pulak!

Di kesempatan ini,aku serta suami mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin"kepada semua keluarga di kampung,saudara-mara,sahabat2 handai dan yang mengenali diri kami..Semoga kita masih istiqamah dalam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan yang akan tinggalkan kita beberapa hari lagi..



Wednesday, September 9, 2009

Demam lagi...


Antara sebab lamanya aku tak update n3 nie..Hai..lepas aku sembuh(ada selesema n batuk lagi),my hubby plak sambung demam..teruk juga sampai seminggu.Hai,tak boleh jadi nie,makanan yang dimasak langsung tidak disentuh cuma minum air kelapa..sedih den tengok badan makin susut.Aku?Dah lalu makan,takut tambah berat badan sorang2.hehe..Aku belajar juga buat air asam untuk basahkan kepala(petua mak aku)untuk buang panas.Ish!macamna nie,tak pergi cek,takut gak penyakit yang glamor lani(H1N1)..baru ja dengar ceramah hari tu di sekolah simptom2nya yes,ada...dua kali suami aku cek,Dok bagi ubat je.Risau gak aku..minta dijauhkan Ya Allah..Alhamdulillah,sekarang sudah seminggu berlalu..kami semakin sihat(masih batuk2) n ceria,makan makin laju n berselera..huhu naik balik berat kami berdua..balik kg nanti siapla kau kena perli dua2 gomok nya... Hari ini walau kelam kabut balik jam 5 lebih hampir 45 minit lagi mau berbuka aku sempat hasilkan mee rebus resepi rekaan sendiri..main campak je apa yang ada.hm..di sapu habis n dapat pujian sodap!sodap!Lain kali buat lagi nah boleh bagi ngan jiran..ish!alamat tunggu cuti hujung minggu la kalau nak masak banyak.Ya ka sedap?Pas ni boleh la aku semangat n rajin masak lagi kan...Cendol mana cendol?Mak2 yang ngandung banyak kali tanya kempunan cendol Hj Din..fuh,ada nama lak tu.Lain kali la ye,bila dah masuk ujung2 Ramadhan ni aku dah malas nak buat benda alah tu..Insyaalah klu buat aku post kat cni ye,tunggu...tengok gambar pun jadilah.Manatau raya nie.Ini lah juadah mee rebus yang tak seberapa lazat..

Demam Ramadhan..


Sepanjang dua minggu awal Ramadhan,cuaca di Semporna tidak menentu..kadang-kadang hujan kadang panas..biasalah kalau sepanjang Ramadhan yang lalu mesti rasa teringin berbuka di Tawau(satu-satunya bandar yang dikunjungi orang2 di Semporna kira2 jarak lebih 95km ).Di situlah tempat sekiranya kami ingin rasa kelainan juadah berbuka.hem..kami tidak lepas peluang kali ini..apalagi cuti di awal Ramadhan,terus saja ke Tawau untuk settle urusan bank selain berbuka di sana(Tomyam Utama la tempatnya).Sokseksoksek..aku sudah rasa lain macam sj bila dalam kereta seram sejuk,pasang aircond pun tak boleh,dah berair hidung nih!Tapi masih berselera lagi masa berbuka almaklumlah menu special konon.Lepas berbuka terus bertolak balik dlm kul 7.30-9.00pm sampai rumah.Sesampai je rumah terus aku terlentok di katil.Haish!Demam nie..badan panas!selesema dan...batuk2.Hubby syor aku gi klinik keesokannya namun tidak berdaya untuk aku bangun..kantoi..kantoi..PTK camna..ah!Kalau aku tak dapat bangun juga biarlah aku tak ambik PTK.Eh!Mana boleh Ain kena buat kuat juga...itu kata2 semangat hubbyku.Bila makan ubat klinik Dr Syed satu biji malam tu terus berpeluh badan aku..ok,I'm try the best tomorrow..walau satu habuk pun tak baca.Walau demam aku cuba hasilkan juadah berbuka untuk sejukkan badan..Itula agar2 resepi yang diberi Si Rafizah,apa namanya..Puding Zebra.Apa2la yer bentuknya janji ada gak rasa.Tq dik Fizah!Alamak mulut aku rasa pahit la...Baru aku sedar betapa besarnya nikmat rasa yang diberi Allah..