Wednesday, September 9, 2009

Demam Ramadhan..


Sepanjang dua minggu awal Ramadhan,cuaca di Semporna tidak menentu..kadang-kadang hujan kadang panas..biasalah kalau sepanjang Ramadhan yang lalu mesti rasa teringin berbuka di Tawau(satu-satunya bandar yang dikunjungi orang2 di Semporna kira2 jarak lebih 95km ).Di situlah tempat sekiranya kami ingin rasa kelainan juadah berbuka.hem..kami tidak lepas peluang kali ini..apalagi cuti di awal Ramadhan,terus saja ke Tawau untuk settle urusan bank selain berbuka di sana(Tomyam Utama la tempatnya).Sokseksoksek..aku sudah rasa lain macam sj bila dalam kereta seram sejuk,pasang aircond pun tak boleh,dah berair hidung nih!Tapi masih berselera lagi masa berbuka almaklumlah menu special konon.Lepas berbuka terus bertolak balik dlm kul 7.30-9.00pm sampai rumah.Sesampai je rumah terus aku terlentok di katil.Haish!Demam nie..badan panas!selesema dan...batuk2.Hubby syor aku gi klinik keesokannya namun tidak berdaya untuk aku bangun..kantoi..kantoi..PTK camna..ah!Kalau aku tak dapat bangun juga biarlah aku tak ambik PTK.Eh!Mana boleh Ain kena buat kuat juga...itu kata2 semangat hubbyku.Bila makan ubat klinik Dr Syed satu biji malam tu terus berpeluh badan aku..ok,I'm try the best tomorrow..walau satu habuk pun tak baca.Walau demam aku cuba hasilkan juadah berbuka untuk sejukkan badan..Itula agar2 resepi yang diberi Si Rafizah,apa namanya..Puding Zebra.Apa2la yer bentuknya janji ada gak rasa.Tq dik Fizah!Alamak mulut aku rasa pahit la...Baru aku sedar betapa besarnya nikmat rasa yang diberi Allah..

No comments:

Post a Comment