Monday, January 25, 2010

hari-hari yang sibuk..alahai pelajarku..

Tahun ini merupakan yang sibuk bagiku berbanding tahun2 sebelum ini memandangkan tiada masa untuk aku duduk2 di kerusi bilik guru..bagus juga aku ke sana kemari keluar masuk kelas..30 waktu mengajar seminggu yang aku rasa sungguh menguji kesabaran kami guru-guru P.Islam di sekolah ini..yang majoriti sekolah lain di sini masanya purata 20 waktu.Huh..setiap kali pulang sekolah baru keletihan terasa tetapi keranamu murid2 hilang segala kepenatan..Begitulah tanggungjawab guru2 yang wajib dipikul selain tugas2 sampingan yang setiap hari dilakukan demi pelajar2 tercinta..apa yang mereka harapkan hanyalah kejayaan pelajar dari segi akademik dan kecemerlangan dari segi sahsiah.

Setiap kali masuk ke kelas aku akan berulang kali menyentuh tentang tingkah laku mereka..walaupun kekadang terguris hati akibat kelalaian mereka tetapi aku tahu mereka tidak mengetahui sekiranya tidak diberi tunjuk ajar..tengking menengking bukanlah caraku melainkan menegur dengan cara yang baik..kerana sikap mereka yang suka ponteng kelas adalah kerana takut dan tidak suka kepada guru.Bagiku cukuplah bagi mereka yang malas dan degil mendengar apa yang aku sampaikan..biarpun satu patah mereka memahami ilmu baru..Terasa rugi benar kalau mereka ketinggalan butir-butir yang keluar dari mulutku.

Senyum...ya!Aku akan terus mengukir senyuman dan bermanis muka dengan mereka sedaya upayaku..agar majlis ilmu dilalui dengan ketenangan..Pengajaran yang baik sebagaimana diteladani Rasulullah SAW sangat bermakna untuk mereka mengikuti jejak kita sekiranya kita menunjukkan contoh yang baik sama ada dari segi tatacara berpakaian atau percakapan.

Alhamdulillah...aku sangat puas andai mereka yang kudidik berubah ke arah kebaikan..berpakaian menutup aurat,bersolat,menghormati ibu bapa dan guru..itulah yang diharapkan walau kutahu latar belakang mereka amat berpengaruh untuk meninggalkan semua itu.Aku tetap berdoa agar mereka masih ingat pesanan keramatku ketika di dalam kelas..Mungkin sekiranya rakan2 guruku di sana tahu,tertanya2 teruk sangatkah pelajar2ku sehingga perkara mudah menjadi susah untuk dilakukan?Mungkin dulu mudah sahaja bagi kita untuk buat semua itu apatah lagi yang berada di sekolah terpilih.Berbeza dengan pelajar2ku yang kehidupan seharian mereka banyak berlandas adat dan pengaruh-pengaruh luar.Berlatarbelakangkan keluarga yang langsung tiada pengetahuan agama..Pelikkan?Tetapi bukan semua..ada juga segelintir kesedaran agama di kalangan keluarga yang berpendidikan..

Kesimpulannya..mampu atau tidak itu bukan soal utama yang penting sebarkanlah dakwah kepada mereka walaupun satu ayat..Perjuanganmu Tidak Akan Pernah Selesai...

Saturday, January 16, 2010

Apabila malas menguasai diri....

Salam...Apabila malas menguasai diri..aku akan layan facebook..baca majalah/suratkhabar.Sebenarnya ada kerja yang masih belum dibereskan..disebabkan malas (maklum tiada berteman hari ini)aku mencari kerja lain apalagi kalau tak melayari intrnet..Aku cuba mencari2 resepi untuk makan secara sihat..Hm..serius bunyinya,sedangkan sebelum ini tidak kisah pun tentang makanan sihat ni.Itulah hakikatnya hidup sudah lebih 30 tahun...makan perlu dijaga.Baru-baru ini setelah kembali ke Sabah aku rasa seperti kepala berpusing2,hendak pitam pun ada..pelik benar rasa debaran pun kencang..Aku pun dengan cepatnya decided 4 my hubby cek tekanan darah di klinik..Astaghfirullah...kenapa darah aku naik mendadak ni?153/107 adalah sgt bahaya kata doktor dan aku bukan saja kena kawal makan malah tidak boleh langsung makan makanan yang berlemak,kolestrol tinggi dan masin..ok,aku menerima keadaan ini dengan penuh redho kerana aku yakin ini hikmah yang diberi-Nya agar aku banyak mensyukuri nikmat-Nya yang dikecapi sebelum ini.Kalau cerita bab makan masa balik kg cuti,memang semuanya aku sapu terutamanya daging berlemak ( sup gear box)yang memang bahaya..macam tidak pernah jumpa di Sabah..
Kesan daripada itu...aku banyak merenung diri..yang berat mesti diringankan..yang gemuk mesti dikuruskan..Hah!Kenala aku diet banyak2 tapi tak semestinya tidak makan tetapi makan secara sihat...Sabar ye kepada Hubbyku..kita sama2 jaga ye..korbankan makan yang sedap2..masak yang ringkas dan jimat..singgang ikan,rebus ulam,cili sambal belacan,sup sayur, ikan bakar n air asam..berselera juga tu.Bukan saja senang tapi mengelak guna minyak masak yang semestinya bahaya untuk badan kita.Sekali sekala boleh guna tapi kuantiti yang sedikit..
Aku akui bacaan doa-doa harian daripada Al-Quran juga amat mujarab untuk mengelak kita dari penyakit di samping bersenam lebih kurang 10 minit setiap hari..wahwah..sudah pandai sekarang aku bercakap soal kesihatan ni..amalkan membaca solawat syifa'.Al-fatihah dan bacaan tiga qul juga penting agar iblis tidak mengganggu sistem perjalanan dalam badan kita..terutamanya saliran darah akan berjalan dengan lancar membawa oksigen ke otak..Alhamdulillah aku bersyukur banyak2 ke hadrat Ilahi yang memberiku 1 warning yang amat bermakna untuk ku berhati2 dalam menjalani hidup ini..

p/s:Amalkan ubatan herba yang halal..dan elakkan dari makan ubat hospital yang hanya menahan sakit tetapi tidak menyembuhkan..pastinya tiada kesan buruk kepada kita.Terima kasih HPA kerana memperkenalkan produk halal untuk umat Islam..

Wednesday, January 13, 2010

CUTI DIS 2009

slm..nampaknya br ada mood untuk ku karang lg..about holiday last year..hmhm mcm2 cerita nk d cerita di sini..mgkin jadi panjang mcm hikayat 1001 malam plak.Apa pun tak byk memori jalan-jalan mkn angin tapi cr makan..sekitar Pendang,A.Setar,SP,Penang.hah..apa lagi mengurus rumah baru siap dan br dpt kunci.Kelam kabut sungguh coz lepas raya br dapat n byk urusan sgt bkaitan rumah ni,maklumlah kena settle sebelum balik Sabah.Alhamdulillah sempat juga siap pasang lampu kipas dan langsir..tapi masih menunggu satu lagi..Grill.Bayaran sudah jelas sekarang pun belum siap lagi..alahai,selamat ke tidak barang dalam tu..Nak tergelak rasa bila anak buah tanya kenapa la m.ngah beli rumah tak duduk pun.kan m.ngah dok Sabah?Hah,pandai betul kau buat ayat..senyum saja aku tak terkata maklumlah budak-budak kalau aku terangkan pun tak akan faham2..Ya ke?Ish,jangan main-main budak sekarang kebanyakkannya sudah pandai berfikir..Moralnya..jangan biarkan soalan mereka tidak dijawab yer...