Saturday, January 16, 2010

Apabila malas menguasai diri....

Salam...Apabila malas menguasai diri..aku akan layan facebook..baca majalah/suratkhabar.Sebenarnya ada kerja yang masih belum dibereskan..disebabkan malas (maklum tiada berteman hari ini)aku mencari kerja lain apalagi kalau tak melayari intrnet..Aku cuba mencari2 resepi untuk makan secara sihat..Hm..serius bunyinya,sedangkan sebelum ini tidak kisah pun tentang makanan sihat ni.Itulah hakikatnya hidup sudah lebih 30 tahun...makan perlu dijaga.Baru-baru ini setelah kembali ke Sabah aku rasa seperti kepala berpusing2,hendak pitam pun ada..pelik benar rasa debaran pun kencang..Aku pun dengan cepatnya decided 4 my hubby cek tekanan darah di klinik..Astaghfirullah...kenapa darah aku naik mendadak ni?153/107 adalah sgt bahaya kata doktor dan aku bukan saja kena kawal makan malah tidak boleh langsung makan makanan yang berlemak,kolestrol tinggi dan masin..ok,aku menerima keadaan ini dengan penuh redho kerana aku yakin ini hikmah yang diberi-Nya agar aku banyak mensyukuri nikmat-Nya yang dikecapi sebelum ini.Kalau cerita bab makan masa balik kg cuti,memang semuanya aku sapu terutamanya daging berlemak ( sup gear box)yang memang bahaya..macam tidak pernah jumpa di Sabah..
Kesan daripada itu...aku banyak merenung diri..yang berat mesti diringankan..yang gemuk mesti dikuruskan..Hah!Kenala aku diet banyak2 tapi tak semestinya tidak makan tetapi makan secara sihat...Sabar ye kepada Hubbyku..kita sama2 jaga ye..korbankan makan yang sedap2..masak yang ringkas dan jimat..singgang ikan,rebus ulam,cili sambal belacan,sup sayur, ikan bakar n air asam..berselera juga tu.Bukan saja senang tapi mengelak guna minyak masak yang semestinya bahaya untuk badan kita.Sekali sekala boleh guna tapi kuantiti yang sedikit..
Aku akui bacaan doa-doa harian daripada Al-Quran juga amat mujarab untuk mengelak kita dari penyakit di samping bersenam lebih kurang 10 minit setiap hari..wahwah..sudah pandai sekarang aku bercakap soal kesihatan ni..amalkan membaca solawat syifa'.Al-fatihah dan bacaan tiga qul juga penting agar iblis tidak mengganggu sistem perjalanan dalam badan kita..terutamanya saliran darah akan berjalan dengan lancar membawa oksigen ke otak..Alhamdulillah aku bersyukur banyak2 ke hadrat Ilahi yang memberiku 1 warning yang amat bermakna untuk ku berhati2 dalam menjalani hidup ini..

p/s:Amalkan ubatan herba yang halal..dan elakkan dari makan ubat hospital yang hanya menahan sakit tetapi tidak menyembuhkan..pastinya tiada kesan buruk kepada kita.Terima kasih HPA kerana memperkenalkan produk halal untuk umat Islam..

No comments:

Post a Comment