Sunday, October 11, 2009

Berakhir LDP

Yes!Hari ni berakhir sudah LDP.Masa yang ditunggu2..apalah gunanya seorang guru kalau tidak penuhi ilmu atau pengalaman semasa menjadi guru...itulah kata2 terakhir PK 1 tadi.Tersedar dari lamunan seketika..mampukah aku menjadi guru tersebut? Memang benar bila kita fikir adakah kita sering berkejar2 untuk ke sekolah kerana tidak sabar mencurah ilmu atau...mengheret kasut untuk ke sekolah kerana malas@tidak semangat dengan karenah pelajar2 kita?Tetapi berbeza waktu pulang,berkejar2 nak cepat sampai rumah@melambat2kan masa pulang dek belum puas mencurah ilmu?Jangan biarkan pelajar pulang hampa,tanpa suatu perubahan yg dapat diberikan..bayangkan sekiranya anak2 kita sebegitu..apa perasaan kita.Renung2kanlah..

*Ini buat guru2 sebagai penyuntik semangat ketika datangnya cubaan dan godaan yang memburu kita setiap hari...

Saturday, October 10, 2009

PMR..LDP..OPENHOUSE

Alhamdulillah..P.Islam PMR dah pun selesai pada 1st day PMR..senang soalannya berbanding tahun lepas..tapi tak tau lah pelajar2ku boleh jawab ke tidak.Risau gak..eheh cikgu plak yg lebih2 risau,bdk2 buat don't know je.oklah, apa2pun ada gak bdk2 yg target A tu kata senang..berdebar2 gak nak tunggu result ujung tahun nie..

Sejak PMR bermula,kami mula LDP ni.boring la tentatif program mcm tahun2 lepas..buat la perubahan sikit,cikgu2 mula mengomel.Selagi tidak ada cadangan tak boleh ubah juga.Macam biasala duduk di tempat masing2 dengar ceramah dari jam 7.30 sampai 12 tengahari..bukannya kami mencatat pun masinng2 buat hal sendiri..Tahun depan aku nak cadang pada Panitia P.Islam agar buat kursus Haji atau Pengurusan Jenazah boleh juga bagi ilmu kat cikgu2 nih.Tak sabar menunggu habis program ni hari Selasa minggu depaN..

Minggu nie merupakan minggu ke-3 selepas raya,km di Semporna masih menerima jemputan openhouse lagi,best jugak tak payah nak sibuk2 masak lagi waktu tengahari.Jemputan untuk minggu depan pun sudah ada..nie yang membuatkan aku rasa seronok sgt nak merasa masakan orang,kalau tidak bukannya selera sgt nak makan yg dimasak sendiri..di sekolah juga kami ada buat kumpulan untuk jamuan lepas raya..minggu depan giliran kumpulan aku memasak soto..apalagi tugas aku kalau tidak buat sup ayam.Nanti aku upload gambar masa kami makan2.Chewah!Kalau tak sibuk la.Seronok sebenarnya buat jamuan ni.Boleh merasa pelbagai masakan dari negeri2 di seluruh Malaysia..Orang2 Sabah sudah pandai makan nasi kerabu Kelantan,nasi dagang Terengganu,Laksa Penang,Lodeh Melaka,Bihun sup dan Cendol Kedah,negeri2 lain tu aku pun tak tau apa specialnya lebih kurang sama saja..maklumlah dari aku duduk di Kolej dulu sampai sekarang kawan2 ku kebanyakan dari negeri pantai Timur saja.
Kali ini aku rasa dah penuh perut walaupun tak banyak aku menjamah makanan tadi,bulan Syawal ini sepatutnya kita dah habis berpuasa enam..bagi melapangkan perut kita yang terlebih sarat.Jom!Cepat habiskan qada sebelum berakhirnya Syawal..

Saturday, October 3, 2009

RAYA 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua..maaf lambat ucap hampir dah 13 hari Syawal,broadband buat hal plak..so tak boleh nak update di sini.Raya kali ini kami tidak balik kampung hanya beraya di Kota Kinabalu,Semporna.Hari ini cuti hujung minggu ada lagi openhouse untuk kami yang tak balik raya,hehe..puasa enam Syawal pun belum lagi asyik makan tak habis2..bila la nak diet plak.
Balik dari Kota Kinabalu sempat juga kami buat openhouse sikit2 walaupun masih keletihan maklumlah dapat plak kunjungan mereka dari KK.Tak sempat nak snap2 pic masa ramai2 kat rumah..bz betul.Mungkin 2nd round lagi kot lepas ni 4 mereka yg belum beraya sini n bdk2 bujang,termasuk yang tinggal suami d semenanjung sana..
Ini ada juga la sempat aku abadikan kenangan bersama my old friend suffia with her family, hsband n baby..sikit2 gambar kenangan hari raya di KK.