Saturday, November 14, 2009

TIDAK KUDUGA...

Assalamualaikum..hampir beberapa minggu tidak ku update blog ini memandangkan perasaan malas dan tiada mood..setelah tiga minggu lepas berlaku kejadian yang tidak kuduga akan berlaku,Alhamdulillah aku sangat syukur tiada apa yg buruk terjadi kepada diriku.Pada malam itu aku sudah merasakan sesuatu yg memerhati tingkah lakuku tetapi pura2 menepis perasaan itu.Mungkin orang itu sudah lama memerhati keadaan rumah kami cuma menunggu masa untuk menceroboh.Aku seperti biasa mengunci pintu dan terus masuk ke bilik lebih awal memandangkan suami ada urusan di rumah kawannya,walaupun masih awal dan tidak kurasa mengantuk..pura2 memejamkan mata hingga terus dibuai mimpi..sehinggalah suami balik terkejut melihat pintu tidak dikunci seperti biasa dan aku pula tidur nyenyak.Fikirnya pelik kerana biasanya aku menunggu depan tv@komputer sebelum masuk tidur..
Kejutan suamiku membuatkn aku terpinga2..ish!kuncila tadi.gelabah aku&suami bila melihat tin2 tabungan syiling dan beg berisi rm....banyak tau serta camera kesayanganku&h.set suami tiada.Sah!ada kecurian ni.Segera call polis waktu itu juga&buat report selepas subuh.pertama kali dalam hidupku berlaku kejadian ini membuatkan kami lebih berhati-hati..Seorang pencuri@perompak memang licik.Tetapi yang aku kesalkan pihak polis belum dapat mengenalpasti pencuri itu..ayat yang kami terima hanyalah masih dalam siasatan encik!..
Aku tidak mengharapkan dia kembalikan duit,tiket penerbangan balik,buku2 bank(x boleh buat apa juga IC masih dengan kami) tetapi aku harap pencuri itu di tangkap dari mengganggu ketenteraman orang ramai.Lagipun sudah lama berlaku mungkin habis dijual benda2 itu,duit juga telah diguna..sob..sob(kamera itu pulangkanlah...menyebabkan tergendala kerja aku mahu upload pic2 aku yang terbaru)
Walau apapun yang berlaku aku dapat iktibar daripada kejadian ini..mungkin untuk lebih berhati2 di lain kali.

Lebih kurang seminggu lagi untuk terbang ke kampung halaman..seronok tak terkira bila mendengar macam2 yang menarik di sana.Apalagi kalau tak berkejar ke SP melihat aset baru..haah bila ntah nak pohon balik ayahku asyik bertanya..rindu dan sunyi mungkin hanya mak,ayah berdua di rumah..Apapun terpulang kepada My Habib,nampak gayanya masih seronok keadaan di sini walau kekadang merungut juga ketidakpuasan hatinya tentang budaya kerja&persekitaran..
Panjang juga en3 ku kali ini...bersambung kerana masih menanti kerja yang belum selesai..wassalam.