Tahun ini merupakan yang sibuk bagiku berbanding tahun2 sebelum ini memandangkan tiada masa untuk aku duduk2 di kerusi bilik guru..bagus juga aku ke sana kemari keluar masuk kelas..30 waktu mengajar seminggu yang aku rasa sungguh menguji kesabaran kami guru-guru P.Islam di sekolah ini..yang majoriti sekolah lain di sini masanya purata 20 waktu.Huh..setiap kali pulang sekolah baru keletihan terasa tetapi keranamu murid2 hilang segala kepenatan..Begitulah tanggungjawab guru2 yang wajib dipikul selain tugas2 sampingan yang setiap hari dilakukan demi pelajar2 tercinta..apa yang mereka harapkan hanyalah kejayaan pelajar dari segi akademik dan kecemerlangan dari segi sahsiah.
Setiap kali masuk ke kelas aku akan berulang kali menyentuh tentang tingkah laku mereka..walaupun kekadang terguris hati akibat kelalaian mereka tetapi aku tahu mereka tidak mengetahui sekiranya tidak diberi tunjuk ajar..tengking menengking bukanlah caraku melainkan menegur dengan cara yang baik..kerana sikap mereka yang suka ponteng kelas adalah kerana takut dan tidak suka kepada guru.Bagiku cukuplah bagi mereka yang malas dan degil mendengar apa yang aku sampaikan..biarpun satu patah mereka memahami ilmu baru..Terasa rugi benar kalau mereka ketinggalan butir-butir yang keluar dari mulutku.
Senyum...ya!Aku akan terus mengukir senyuman dan bermanis muka dengan mereka sedaya upayaku..agar majlis ilmu dilalui dengan ketenangan..Pengajaran yang baik sebagaimana diteladani Rasulullah SAW sangat bermakna untuk mereka mengikuti jejak kita sekiranya kita menunjukkan contoh yang baik sama ada dari segi tatacara berpakaian atau percakapan.
Alhamdulillah...aku sangat puas andai mereka yang kudidik berubah ke arah kebaikan..berpakaian menutup aurat,bersolat,menghormati ibu bapa dan guru..itulah yang diharapkan walau kutahu latar belakang mereka amat berpengaruh untuk meninggalkan semua itu.Aku tetap berdoa agar mereka masih ingat pesanan keramatku ketika di dalam kelas..Mungkin sekiranya rakan2 guruku di sana tahu,tertanya2 teruk sangatkah pelajar2ku sehingga perkara mudah menjadi susah untuk dilakukan?Mungkin dulu mudah sahaja bagi kita untuk buat semua itu apatah lagi yang berada di sekolah terpilih.Berbeza dengan pelajar2ku yang kehidupan seharian mereka banyak berlandas adat dan pengaruh-pengaruh luar.Berlatarbelakangkan keluarga yang langsung tiada pengetahuan agama..Pelikkan?Tetapi bukan semua..ada juga segelintir kesedaran agama di kalangan keluarga yang berpendidikan..
Kesimpulannya..mampu atau tidak itu bukan soal utama yang penting sebarkanlah dakwah kepada mereka walaupun satu ayat..Perjuanganmu Tidak Akan Pernah Selesai...
Dapatkan sekarang!
10 years ago