
Setelah bertungkus lumus menghabiskan semak kertas trial PMR,resultnya sedikit mengecewakan.Apalah nak jadi dengan pelajar2 aku,exam pun ada peluang nak ponteng sekolah,ponteng kelas seolah2 tiada apa dengan PMR yang akan tiba dalam masa 2 minggu lagi.Aku rasa tahap disiplin pelajar2 tahun ini semakin merosot berbanding 5 tahun yang lalu,ketika aku mula2 tiba di sekolah ini..guru2 yang penuh semangat membimbing mereka tidak dihiraukan asalkan apa yang dibuat menyeronokkan dan memuaskan hati mereka.
Kisah pelajarku itu aku tinggalkan,hari ini bermula cuti sekolah sempena Hari Raya yang tinggal beberapa hari lagi untuk kita meninggalkan bulan Ramadhan.Perasaan sedih mula terasa memandangkan Ramadhan kali ini tidak banyak ibadat yang dilakukan..Betapa cepatnya masa berlalu,sudah nak habis bulan Ramadhan.Hari Raya kali ini aku bayangkan kurang meriahnya coz ramai kawan2 di perantauan balik ke kampung.Kami?Masih bertahan di sini untuk beraya bersama kawan2 di Semporna atau di Kota Kinabalu sekiranya berkesempatan ke sana..Buat sahabatku Suffia di Papar aku masih menanti jemputanmu kalau2 aku dapat beraya bersama keluargamu yang belum aku kenali walau 2 kali aku sudah berkunjung di sana tetapi masih tidak ada rezeki untuk kita berjumpa.Maklumlah kita sudah ada komitmen masing2,membataskan kita untuk bertemu.Apapun aku amat teringin untuk bersua dengan u,hsbnd n baby.Aku masih ingat dulu2 hang pernah sebut"Koin,hg mungkin akan sampai juga Sabah sebab hg dok kawan ngan aku"Memang masin betul mulut mu.. Kemarin aku dengan penuh tekunnya cuba menghabiskan tugas menanda kertas.Excitednya aku mau beraya!Bukan,aku tidak mau lagi fikir pasal semua tu.Banyak lagi kerja aku nak buat hari ini..cuci peti ais(penuh makanan sayang nk buang tapi tak makan),susun barang2 yang tidak ada tempat lg mau diletak(lepas ni kurangkan beli),cuci sarung kusyen(yang sudah nampak buruk)..ha..membongkar tempat persembunyian cik ti,hari2 dia memproses rumah ini siap angkut geng lagi..siap cik ti,hari ini mungkin tak berpeluang lagi nak menyorok bawah katil,bawah dapur,belakang kotak,belakang almari,belakang tong air..inilah masalah penduduk2 di sini,mana2 ada cik ti.Dari mana datang pun tak tau,aku memang penggeli dan penakut kalau bertembung,apalagi nak membunuh..kesian pulak!
Di kesempatan ini,aku serta suami mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin"kepada semua keluarga di kampung,saudara-mara,sahabat2 handai dan yang mengenali diri kami..Semoga kita masih istiqamah dalam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan yang akan tinggalkan kita beberapa hari lagi..
Di kesempatan ini,aku serta suami mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin"kepada semua keluarga di kampung,saudara-mara,sahabat2 handai dan yang mengenali diri kami..Semoga kita masih istiqamah dalam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan yang akan tinggalkan kita beberapa hari lagi..